Pemandu Teksi, Bas, Pemandu Pelancong, E-Hailing Dapat RM500

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan khas secara sekali bayar atau ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bantuan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta itu akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

Beliau juga mengumumkan, pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun, turut dipendekkan tempoh berkenaan kepada hanya lima tahun.

“Kerajaan kini memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun.

“Sukacita dimaklumkan bahawa syarat ini dilonggarkan kepada lima tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang disiarkan secara langsung, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik đŸ‘‰Â https://t.me/sabahpost

1338