Dua Banduan Ditahan Selepas Lari Dari Penjara Tawau

Gambar Hiasan

TAWAU: Dua banduan lelaki berjaya ditahan semula dalam tempoh kurang enam jam selepas melarikan dari Penjara Tawau, di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, suspek masing-masing berusia 22 dan 25 tahun berjaya ditahan antara 7.45 malam hingga 9.45 malam pada hari sama mereka melarikan diri dari penjara itu.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan kes itu yang dibuat pegawai penjara pada 4.30 petang.

“Kita segera melancarkan Ops Tutup dan Kesan selain gerakan memburu kedua-dua sebelum mereka berjaya ditangkap semula di satu lokasi tidak jauh dari kawasan penjara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek adalah pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Filipina yang sebelum ini ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 akta sama kerana melarikan diri daripada pusat tahan,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4063