Cara Kemaskini Dan Buat Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)

BPR atau Bantuan Prihatin Rakyat telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Menurut info dari Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican, permohonan BPR akan dibuka sebelum penghujung bulan Januari 2021 nanti.

Terkini, portal rasmi BPR telah beroperasi sepenuhnya di bpr.hasil.gov.my

Pemohon boleh membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.

Sekiranya anda penerima BSH 2020 atau BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan sahaja.

Jumlah bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:

Permohonan BPR

Menurut sumber, pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.

Terkini portal rasmi BPR sudah boleh diakses di https://bpr.hasil.gov.my untuk kemaskini atau permohonan baru bermula 15 Januari sehingga tarikh tutup 15 Februari.

Anda hanya perlu log in menggunakan id pengguna dan kata laluan yang anda telah daftarkan semasa mendaftar BSH dan anda perlu upload dokumen sokongan. Bagi permohonan baru anda perlu mendaftar dahulu untuk log in.

SALINAN Dokumen yang diperlukan JIKA MENGGUNAKAN BORANG :

PERMOHONAN BARU/KEMASKINI.

Baru berkahwin/Perceraian/ibu/bapa tunggal yg mempunyai tanggungan/kematian pasangan/tambahan tanggungan/anak/keluarkan anak dari tanggungan/mempunyai anak tak berkahwin/anak angkat yg setaraf.

1) IC SUAMI ISTERI

2) SIJIL KAHWIN/SIJIL PERCERAIAN/KEMATIAN PASANGAN.

3) SIJIL LAHIR ANAK(17thn kebawah dan 18thn-20thn yg masih bersekolah/belajar IPT/tidak bekerja dan tiada pendapatan.

5) SIJIL LAHIR ANAK ANGKAT

6) AKAUN BANK SUAMI ISTERI dan salah seorang pasangan mempunyai akaun bank/kedua dua pasangan yg tiada akaun.

7) No Hp terkini.

Bujang OKU 18thn-59thn Dan Bujang 21thn-59thn/ibubapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak mempunyai anak-

1) ic pemohon

2) ic waris

3) sijil kematian pasangan

4) sijil lahir anak angkat

5) akaun bank

6) no hp terkini

Tarikh TUTUP 15 Februari 2021

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

30958