COVID-19: Remaja Perempuan 19 Tahun Antara 3 Kematian Di Sabah Hari Ini

Dr Noor Hisham

Putrajaya, 13 Jan : Remaja perempuan 19 tahun yang mempunyai sejarah penyakit anemia menjadi salah seorang korban COVID-19 hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), korban yang merupakan kes ke-138,626 itu merupakan kematian ke-563 COVID-19 sehingga kini.

Jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Papar, lapor KKM.

Sementara itu, kematian ke-560 melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun di Kota Kinabalu yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth sebelum meninggal dunia.

Kematian ke-562 juga melibatkan seorang pesakit lelaki yang mempunyai sejarah penyakit. Jenazah pesakit berusia 62 tahun yang mempunyai penyakit asma dan pulmonary tuberculosis itu telah dibawa ke Hospital Tawau.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

5857