COVID-19: 2,985 Kes Baharu, Empat Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2,985 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 2,985 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 144,518 kes secara keseluruhan.

Daripada 2,985 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 2,983 merupakan kes tempatan manakala 2 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 32,377 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 197 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanya

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 4 kes kematian baharu yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 563 kes atau bersamaan dengan 0.4% secara keseluruhannya.

Selangor mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 837 kes diikuti dengan negeri Johor dengan 535 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

753