Kerajaan Sabah Sokong Keputusan Laksana PKP

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyokong keputusan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah selama dua minggu bermula 13 Januari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pelaksanaan PKP perlu bagi menghentikan peningkatan kes COVID-19 di Sabah.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya mematuhi arahan dari pihak berwajib dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk menghentikan rantaian jangkitan pandemik COVID-19.

Hari ini sebanyak 374 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 41,040 kes di Sabah.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP akan dilaksanakan semula di enam negeri termasuk Sabah bermula 13 hingga 26 Januari ini.

Katanya, negeri lain yang terlibat PKP termasuklah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, dan Johor.

Menurutnya, sebarang aktiviti sosial melibatkan perhimpunan orang ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan, dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *