Marsha Mengandung?

Marsha Milan Londoh menafikan dirinya berbadan dua, sebaliknya hanya pakai baju menggelembung, selain baru menikmati nasi dua pinggan. – Foto IG Marsha Milan Londoh

KUALA LUMPUR: Gara-gara memakai baju yang menggelembung pada bahagian perut, penyanyi, pengacara dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 35, disangkakan berbadan dua.

Menerusi kapsyen yang ditulis pada entri Instagram (IG), penyanyi kelahiran program realiti, Akademi Fantasia itu menafikan dirinya tidak berbadan dua, sebaliknya hanya kekenyangan menikmati nasi dua pinggan.

Malah, bagi mengelakkan peminat terus terkeliru, Marsha turut memuat naik dua keping foto, satu kelihatan perut seperti berbadan dua, manakala satu lagi, perut kempis.

“Alhamdulillah, kenyang dua pinggan nasi tapau. Da… da tidak payah ditanya mengandung ke tak, jawapannya tidak. Swipe right untuk bukti…” tulisnya.

Bagaimanapun, rata-rata pengikut laman sosialnya meninggalkan komen dan menitipkan doa agar Marsha segera dikurniakan cahaya mata.

Marsha Milan Londoh sudah lali dengan pertanyaan mengenai zuriat sejak mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun lalu. – Foto IG Marsha Milan Londoh

Sementara itu, pengurus Marsha, Azlan Zanuddin berkata, setakat ini, tiada apa-apa lagi, sebaliknya Marsha hanya sekadar memperagakan pakaian.

“Marsha belum mengandung. Lagipun, Marsha sibuk dengan dengan penggambaran dan komitmen kerja. Bagaimanapun, doakan semoga Marsha dikurniakan rezeki menimang cahaya mata,” katanya.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan yang berasal dari Pulau Pinang, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015.

Sebelum ini, Marsha pernah membuat pengakuan, sudah lali dengan pertanyaan mengenai cahaya mata.

“Pada awal perkahwinan, saya agak tertekan apabila sering kali diajukan soalan yang sama. Saya berasakan seolah-olah ada yang sengaja mahu menyindir. Bagaimanapun, kini, saya semakin lali dan hanya berfikiran positif,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1949