PKP Akan Dilaksanakan Semula Berita Palsu – MKN

KOTA KINABALU: Kenyataan bahawa kerajaan akan melaksana semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial adalah berita palsu.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan kenyataan bertulis yang mendakwa bahawa mesyuarat MKN bersetuju untuk melaksana PKP seperti yang tular di laman media sosial.

MKN menegaskan kenyataan itu adalah palsu dan menasihatkan orang ramai agar berhentu daripada berkongsi berita yang tidak disahkan agar tidak menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Sejak semalam, tular di media sosial bahawa kerajaan akan melaksana semula PKP bermula 12 Jan hingga 10 Feb ini di empat negeri iaitu Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

9428