Penduduk Di Kalimantan Jumpa Serpihan Pesawat

Penduduk Sungai Rangau dekat Kalimatan bersama serpihan dipercaya milik pesawat Airasia Indonesia yang terhempas pada 2014. Foto Agensi

KALIMANTAN: Sekumpulan penduduk menemui serpihan logam dipercayai rangka sebuah pesawat di tepi pantai Teluk Ranggau, Kampung Sungai Cabang, Kotawaringin Barat, Kalimantan Tengah pada Isnin lalu.

Portal Kompas melaporkan, kisah itu mendapat perhatian selepas tularnya rakaman video menunjukkan kumpulan penduduk menemui serpihan pesawat itu di laman sosial.

Penduduk Sungai Rangau dekat Kalimatan bersama serpihan dipercaya milik pesawat Airasia Indonesia yang terhempas pada 2014. Foto Agensi

Ia selepas seorang lelaki bernama Andi Sukandi memuat naik rakaman video itu di akaun Facebook (FB) miliknya.

“Individu yang memuat naik video itu adalah seorang penduduk kampung. Saya sendiri menerima kiriman video itu daripada Ketua Kampung Sungai Ranggau, Pak Jumidi.

“Lokasi penemuan serpihan iaitu Sungai Ranggau terletak kira-kira 30 minit dari Kampun Sungai Cabang,” kata Ketua Kampung Sungai Cabang, Muhaimin.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan beberapa penduduk berada di atas logam berbentuk setengah lingkaran dengan panjang anggaran sembilan meter.

Sementara itu, beberapa penduduk lain berada di tepi berhampiran logam yang kelihatan kukuh.

Ketua Kawasan dan Pihak Berkuasa Pelabuhan (KSOP) Kumai Kapten Wahyu berkata, pihaknya sedang menggerakkan anggota untuk melakukan siasatan dan mengesyaki logam ditemui itu adalah serpihan pesawat.

“Berdasarkan sisi bentuk dan ukurannya kelihatan seperti separuh lingkaran badan pesawat dan maklumat diterima ia berukuran panjang sembilan meter.

“Namun, siasatan lanjut perlu dijalankan untuk memastikan logam itu adalah serpihan daripada bangkai pesawat AirAsia QZ-8501,” katanya.

Berikutan itu, pasukannya bercadang ke lokasi penemuan yang jaraknya kurang lebih tiga jam perjalanan laut dari bandar Kumai. 

“Kami dari Dirjenhubla dalam hal ini daerah Kumai sudah melaporkan penemuan ini ke KNKT (Komisi Nasional Kecelakaan Transportasi) selepas mengesyakinya adalah serpihan pesawat yang hilang beberapa tahun lalu,” kata Wahyu yang pernah menyertai misi siasatan membabitkan kehilangan pesawat AirAsia QZ-8501.

“Kami juga bekerjasama dengan pihak lain seperti polis dan pemimpin daerah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kampung Sungai Cabang berada di tepi Laut Jawa, tidak jauh dari lokasi penemuan bangkai pesawat AirAsia QZ-8501 yang dilaporkan terhempas di laut pada akhir 2014.

Serpihan pesawat pertama kali ditemui di perairan Kendawangan, Kalimantan Barat. 

Pesawat AirAsia Indonesia itu dilaporkan hilang dari pantauan radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 7.24 pagi (waktu Malaysia), 28 Disember 2014. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4028