Covid-19: Hampir Semua Daerah Di Sabah Rekod Kes Baharu

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah meningkat kepada 383 kes dengan lima kematian serta satu kluster baharu, hari ini.

Satu kluster baharu dicatatkan di Putatan iaitu kluster Tombovo yang mencatatkan 12 kes baharu dengan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes positif.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, lima kes kematian itu melibatkan dua kes di Lahad Datu, satu kes masing-masing di Kota Kinabalu, Sandakan dan Kinabatangan.

Hari ini, hampir semua 27 daerah di Sabah mencatatkan kes positif baharu. Hanya dua daerah tidak mencatatkan sebarang kes iaitu Beluran dan Nabawan.

Sementara, Pitas bertukar dari zon jingga kepada zon merah. Ini menjadikan daerah itu sebagai daerah ke-19 berada dalam zon merah.

Beliau berkata, daripada 383 kes baharu hari ini, Penampang mencatatkan kes tertinggi dengan 43 kes, diikuti Kota Kinabalu (42), Tawau (34), Lahad Datu (30), Sandakan (29), Putatan (25), Keningau (25), Papar (24), Pitas (19), Kudat (14), Kota Belud (13), Kinabatangan (10), Kuala Penyu (10), Tambunan (9), Kota Marudu (8), Kalabakan (8), Sipitang (7) dan enam kes di Beaufort, Kunak dan Tenom.

Manakala, lima kes di Tuaran dan Ranau, Semporna (3) dan satu kes di Tongod dan Telupid.

Masidi berkata, daripada 383 kes positif itu, sebanyak 250 kes dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 64 kes, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia 31 kes, saringan komuniti dua kes dan 36 kes adalah dari lain-lain kategori.

Sementara itu, sebanyak 214 kes pulih dilaporkan, dengan kumulatif kes sebanyak 35,744 kes. Tambahan lima kes kematian hari ini menjadikan bilangan kumulatif kematian di Sabah meningkat kepada 275 kes.

Setakat ini, sebanyak 38,555 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 2,112 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 679 orang di hospital dan 1,433 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 55 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebuah PKRC baharu dibuka iaitu PKRC Dewan Badminton Keningau dengan 15 katil. Manakala, berlaku tambahan sembilan katil di Hospital Tawau dan enam katil tambahan di PKRC Tambunan.

Keseluruhan katil di hospital dan PKRC di Sabah adalah 6,392 katil dan peratus penggunaan adalah 32.77 peratus.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *