India Catat 60,000 Kelahiran Pada Hari Pertama 2021

NEW DELHI: India mencatatkan kelahiran tertinggi di dunia pada hari pertama tahun baharu 2021 dengan 60,000 bayi dilahirkan pada hari berkenaan.

India Times melaporkan, jumlah itu bagaimanapun kurang 7,390 bayi berbanding kelahiran direkodkan di negara itu tahun lalu.

Berdasarkan data Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), lebih 3,71,504 bayi dilahirkan di seluruh dunia pada 1 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, 52 peratus kelahiran disumbangkan daripada 10 negara.

Selepas India, China menduduki tempat kedua dengan 35,615 kelahiran bayi pada 1 Januari lalu.

Ia diikuti Nigeria dan Pakistan, masing-masing 21,439 dan 14,161 bayi.

Sementara itu, Indonesia menduduki tempat kelima dengan 12,336 kelahiran.

Ia diikuti Habsyah (12,006), Amerika Syarikat (10,312), Mesir (9,455), Bangladesh (9,236) dan Congo (8,640).

Badan dunia itu turut menjangkakan 140 juta bayi akan dilahirkan sepanjang tahun ini.

Selain itu, purata jangka hayat bagi bayi yang dilahirkan pada tahun ini dianggarkan sehingga usia 84 tahun. – Agensi

644