Suami Isteri Selamat, Kenderaan Hanyut Di sungai Mongitom

Gambar ehsan pengguna Facebook.

KENINGAU: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki dihanyutkan air sungai deras semasa melalui Jambatan Simen, Jalan Bunga Raya-Mongitom, Bingkor awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba Keningau, Mudi Pengiran berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden kenderaan hanyut di Sungai Mongitom itu pada 1.13 pagi.

Sebaik sahaja tiba dilokasi kejadian, kedua-dua mangsa tidak berada dilokasi kerana telah diselamatkan orang awam.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada kereta tunda yang berada dilokasi, kedua-dua mangsa diselamatkan dengan menggunakan tali.

Dengan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika melalui jambatan tersebut ketika musim hujan.

“Sekiranya air sungai naik, berhenti dahulu dan tunggu sehingga air sungai surut baru lalu jambatan berkenaan.

“Walaupun mereka sudah biasa melalui jambatan tersebut namun, hujan lebat mereka perlu lebih berhati-hati dan prihatin dengan keadaan sekeliling sebelum melalui jambatan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Insiden kenderaan hanyut di Jambatan Sungai Mongitom itu sudah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Penduduk kampung meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya mengambil inisiatif menaiktaraf dan meninggikan jambatan tersebut demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *