COVID-19: Sipitang Kini Zon Merah

KOTA KINABALU: Daerah Sipitang merekodkan 40 kes aktif COVID-19 semalam susulan pertambahan 21 kes baharu.

Ia menjadikan Sipitang daerah ke-16 berada dalam zon merah di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata sehingga semalam daerah Kota Kinabalu kekal merekodkan jumlah kes tertinggi di Sabah sebanyak 51, diikuti Lahad Datu (31); Penampang (31); Keningau (24); Sandakan (18); Tuaran (17); Putatan (8); Kalabakan (7); dan Tambunan (7).

“Selain itu, Kinabatangan (5); Kunak (4); Beaufort (3); Tenom (3); Kudat (2); dan empat lagi daerah iaitu Tawau, Kota Belud, Papar dan Semporna merekodkan sebanyak enam kes,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, tiga lagi daerah iaitu Kota Marudu, Kuala Penyu dan Pitas masing-masing merekodkan sebanyak satu kes baharu. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3966