Covid-19: Kluster Baharu Dikesan Dari Aktiviti Menuai Padi & Sambutan Krismas Di Tambunan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Kluster baharu iaitu Kluster Batu 8, Tambunan dikesan dari aktiviti sosial menuai padi dan sambutan Krismas.

Hari ini empat kes direkodkan dari kluster ini menjadikan bilangan kumulatif sebanyak 52 kes.

Kluster ini turut mencatatkan kes di Ranau (3) dan Kota Belud (2).

Untuk hari ini, kes positif baharu Covid-19 di Sabah meningkat sedikit kepada 259 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, satu kes kematian dicatatkan di Sandakan.

Daripada 259 kes baharu hari ini, Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 51 kes, diikuti Lahad Datu (31), Penampang (31), Keningau (24) Sipitang (21), Sandakan (18), Tuaran (17), Putatan (8), Kalabakan (7), Tambunan (7) dan enam kes di Tawau, Kota Belud, Papar dan Semporna.

Manakala, Kinabatangan (5), Kunak (4), Beaufort (3), Tenom (3), Kudat (2) serta satu kes di Kota Marudu, Kuala Penyu dan Pitas.

Hari ini, Sipitang berubah dari zon jingga kepada zon merah manakala,  Beaufort berubah dari zon kuning kepada zon jingga.

Masidi berkata, daripada 259 kes positif itu, sebanyak 164 kes dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 46 kes, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 15 kes dan 34 kes adalah dari lain-lain kategori.

Sementara itu, sebanyak 281 kes pulih dilaporkan, dengan kumulatif kes sebanyak 35,154 kes. Dengan satu kes kematian hari ini, bilangan kumulatif kematian di Sabah meningkat kepada 266 kes.

Setakat ini, sebanyak 37,553 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 1,720 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 621 orang di hospital dan 1,099 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 55 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 14 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

22114