Rilek Ja Sumandak Keningau Ni Angkat Tandan Sawit..Graduan Kolej Tak Hirau Buat Kerja Berat – “Hal Hantaran Mak Ayah Tentukan”

Gadis ini tular di laman TikTok kerana menolong ayahnya di ladang kelapa sawit.

Jangan kata lelaki sahaja boleh buat kerja perempuan, kerana dunia kini banyak yang telah berubah berbanding dulu.

Tidak terkejut jika di tengah pandemik Covid-19 ini, ramai yang terpaksa melakukan kerja yang bukan dalam bidang mahupun sesuatu yang diminati.

Gadis ini tular di laman TikTok kerana menolong ayahnya di ladang kelapa sawit.

Remaja yang berusia 20 tahun ini membuktikan walaupun saiz badannya kecil, dia tetap mampu menolong ayahnya di ladang kelapa sawit.

Bercerita kepada mStar, Ryecheal Saddy yang berasal dari Keningau, Sabah berkata, tidak ada yang mustahil, malahan semuanya terpulang kepada diri sendiri antara mahu atau tak nak lakukan sahaja.

Tular satu video Ryecheal di TikTok apabila dia mengangkat tandan kelapa sawit dan memasukkannya ke kereta di ladang kelapa sawit Kampung Bingkor, Keningau.

“Saya sudah biasa tolong ayah di ladang kelapa sawit, sejak sebelum saya belajar dulu pun.

“Bagi saya tak ada yang mustahil, kalau saya boleh buat mesti wanita di luar sana pun boleh.

Reychael berharap dia dapat menjadi contoh terbaik kepada mereka yang tidak berani mencuba sesuatu yang baharu.

“Video itu adik saya yang rakam masa kami tengah tolong ayah di ladang,” katanya

Sehingga kini perkongsian itu telah mencecah 15,000 likes dan 8,000 komen.

Ryecheal yang baru sahaja menamatkan pengajian di Selangor dalam pengurusan Kru Kabin berkata, biarlah dia mengisi masa terluang dengan membantu ayahnya walaupun ramai yang menganggap kerja di ladang itu tidak sesuai untuk kaum hawa.

“Saya baru sahaja habis belajar, belum sempat nak bekerja pun, malahan bidang yang saya pelajari paling terkesan dengan pandemik Covid-19. Sebab itu saya fikir ada baiknya saya tolong ayah dahulu buat masa ini.

“Secara peribadi, kerja saya ini memang lah kerja lelaki tetapi saya dah terbiasa dari kecik, jadi saya tak kisah sangat.

Video tular di laman TikTok Reychael.

“Saya tahu ramai yang kata kerja ini tidak sesuai dengan perempuan kerana mengangkat benda berat tetapi selagi saya mampu dan tidak memudaratkan diri apa salahnya,” jelasnya.

Sementara itu, ada yang lebih mencuri perhatian netizen apabila Reycheal sempat bergurau di ruangan komen mengenai hantaran tinggi kerana mampu melakukan kerja yang lebih sinonim dengan lelaki.

“Niat saya cuma nak gurau-gurau sahaja kerana banyak pula komen dan DM yang saya terima setiap hari selepas video itu viral.

“Bagi saya hal hantaran mak ayah tentukan, bukan kerja saya,” ujarnya berseloroh.

Reychael berharap dia dapat menjadi contoh terbaik kepada mereka yang tidak berani mencuba sesuatu yang baharu.

Katanya, dalam situasi yang serba mencabar ini, kita harus beranikan diri untuk mencuba bukannya duduk di rumah dan hanya berharap semuanya akan berakhir dengan cepat. – mStar

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

7558