Covid-19: Kluster Baharu Dikesan Di Kota Belud & Putatan

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu iaitu kluster Timbang Dayang, Kota Belud dan kluster Teguli, Putatan mencatatkan 14 kes positif Covid-19, hari ini.

Sehingga kini, bilangan kumulatif kes bagi kedua-dua kluster ini adalah 24 kes dimana setiap kluster mencatatkan 12 kes positif.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, kes positif bharu hari ini meningkat kepada 230 kes positif dan tiada sebarang kematian.

Beliau berkata, dengan 19 kes baharu di Tambunan hari ini, daerah ini bertukar dari zon hijau kepada zon kuning.

Sementara Beaufort berubah dari zon jingga kepada zon kuning.

Daripada 230 kes baharu hari ini, Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 53 kes, diikuti dengan Tawau (33), Lahad Datu (28), Penampang (26), Tambunan (19), Papar (11), Kunak (11), Kota Belud (10), Sandakan (9), Putatan (9), Kalabakan (5), Tuaran (4), Semporna (3), Keningau (3) dan dua kes di Beluran dan Ranau.

Manakala, satu kes masing-masing di Kinabatangan dan Telupid.

Masidi berkata, daripada 230 kes positif itu, sebanyak 136 kes dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 43 kes, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 20 kes dan 24 kes adalah dari lain-lain kategori.

Sementara itu, sebanyak 215 kes pulih dilaporkan, dengan kumulatif kes sebanyak 34,253 kes. Kes kematian di Sabah kekal 260 kes.

Setakat ini, sebanyak 36,461 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 1,535 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 599 orang di hospital dan 936 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 56 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 19 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *