Mangsa Jatuh Dari Gua Madai, Kunak Diselamatkan

Jalan Kunak-Lahad Datu.

KUNAK: Seorang lelaki tempatan yang terjatuh di Gua Madai berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 6.53 pagi sebelum mereka mengerahkan sebuah jentera FRT bersama sebuah jentera EMRS dengan lima anggota ke lokasi kejadian.

Ketua operasi Penguasa Bomba Kanan II Oma Tome menyatakan, sebaik tiba di lokasi kejadian, dimaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun terjatuh di gua berkenaan.

Operasi penyelamatan telah memberi rawatan awal terhadap mangsa dan seterusnya membawa mangsa keluar menggunakan stretcher junkin disepanjang jalan tidak rata sejauh 3km untuk sampai ke jalan utama.

Mangsa diserahkan kepada ambulans untuk tindakan selanjutnya. Operasi menyelamat mangsa ditamatkan sepenuhnya pada 8.27 malam. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3791