Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020

Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020|ANDA ingin mohon i-Sinar KWSP?

Berita baik buat anda yang berkelayakan membuat permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 secara online.

Untuk makluman anda, permohonan i-Sinar KWSP 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 21 Disember 2020 bagi kategori 1 manakala kategori 2 pula bermula 11 Januari 2021 menerusi Laman Web Rasmi i-Sinar.

Sedia maklum, pengkreditan pertama dalam akaun bank ahli akan bermula pada bulan Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan i-Sinar KWSP termasuk syarat kelayakan, jumlah pengeluaran dan semakan status:

Cara Permohonan i-Sinar 2020 Online

1. Permohonan i-Sinar KWSP boleh dibuat secara online di Portal Rasmi i-Sinar menerusi pautan di https://isinar.kwsp.gov.my/.
2. Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
3. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Syarat Kelayakan Permohonan i-Sinar KWSP

Antara Syarat Kelayakan i-Sinar KWSP adalah berdasarkan 2 Kategori seperti berikut:

Senarai Amaun Kelayakan i-Sinar KWSP

Amaun kelayakan i-Sinar KWSP adalah berdasarkan simpanan Akaun 1 seperti berikut:

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Sinar KWSP, sila layari Portal Rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *