
TAWAU: Operasi pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau, ditutup sementara selama 14 hari.
Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan itu berkuatkuasa mulai semalam sehingga 29 Dis ini.
Katanya, pelanggan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (PPP), JPN Sabah di talian 088-488300, 088-488301 atau 088-488365, untuk sebarang pertanyaan.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost