COVID-19: 4 Kes Kematian Hari Ini, 2 Di Sabah

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Empat kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini sebanyak 419 kes atau 0.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian hari ini membabitkan tiga wanita warganegara dan seorang lelaki warga asing berumur antara 40 hingga 54 tahun.

Katanya, kes kematian ke-416 membabitkan wanita berusia 40 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Labuan.

“Kes kematian ke-417 ialah wanita berusia 50 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia serta jenazahnya di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Bagi kes kematian ke-418, ia turut membabitkan seorang wanita berusia 46 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi, dislipidemia dan obesiti serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau,” katanya dalam sidang media COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian terakhir dilaporkan hari ini ialah kes ke-419, iaitu lelaki berusia 54 tahun dan tidak mempunyai penyakit kronik serta meninggal dunia di Hospital Queen of Elizabeth, Kota Kinabalu. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *