Lapan Pekerja Premis Hiburan Di Kota Kinabalu Dikompaun

Habibi Majinji

KOTA KINABALU: Lapan pekerja di pusat hiburan dikompaun selepas gagal memastikan pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, individu terbabit dikenakan tindakan dalam operasi pada jam 12.10 tengah malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis di KK Waterfront beroperasi lebih masa dan pekerja gagal memastikan pengunjung mematuhi SOP PKPB terutama penjarakan fizikal,” katanya 

Habibi berkata, kompaun dikeluarkan terhadap lapan individu mengikut Peraturan 10, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Semua pekerja dan penjaga premis yang dikenakan kompaun berusia antara 19 dan 33 tahun,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *