PKPD Pusat Tahanan Sementara Sibuga Tamat Esok

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga dekat Sandakan, Sabah akan ditamatkan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penamatan mengikut jadual itu adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan dalam sidang khas hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat baki 29 kes aktif positif COVID-19 membabitkan tahanan dan kakitangan di PTS berkenaan yang sedang dirawat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

575