PKPB: JPN UTC Cawangan Kota Kinabalu, Keningau Ubah Waktu Operasi

KOTA KINABALU, 11 Dis : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu dan Keningau telah menukar waktu operasinya mulai hari ini yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengarah Pendaftaran Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin menerusi kenyataan memaklumkan waktu operasi dan perkhidmatan pada hari Isnin hingga Jumaat bagi Kota Kinabalu bermula jam 8 pagi hingga 2.30 petang manakala Keningau bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

“Para pelanggan dinasihatkan merancang masa dengan baik untuk berurusan di pejabat JPN berkenaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa PKPB,” katanya.

Beliau berkata untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (PPP) JPN Sabah di talian 088-488300088-488301 atau 088-488365. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *