
PENAMPANG: Alliance Bank Malaysia Berhad hari ini memaklumkan penutupan sementara cawangan Donggongon susulan seorang kakitangan dikesan positif Covid-19 pada 9 Dis.
Kakitangan tersebut sedang menerima rawatan di hospital kerajaan.
Alliance Bank menerusi satu kenyataan memaklumkan kakitangan tersebut tidak hadir ke pejabat sejak 5 Dis.
Selaras dengan langkah keselamatan dan kesihatan berkaitan Covid-19, pihak bank telah memaklumkan semua pekerja yang menjadi kontak rapat dengan kakitangan tersebut.
Pihak pengurusan bank turut melakukan ujian saringan Covid-19 kepada kakitangan cawangan tersebut dan menasihatkan mereka untuk kekal menjalani kuarantin di rumah.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost