News Sabah Times Rancang Henti Operasi Akhir Bulan Ini

New Sabah Times, antara penerbit surat khabar tempatan tertua di Sabah sejak 1949.

KOTA KINABALU: New Sabah Times, antara penerbit surat khabar tempatan tertua di negeri ini sejak 1949, dijangka menghentikan operasinya akhir bulan ini.

Pengarah Urusannya, Felix Gusti yang mengesahkan rancangan itu berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua petugas syarikat hari Khamis ini.

Katanya, satu kenyataan rasmi syarikat juga akan menyusul kemudian.

Beliau menjelaskan, kekurangan jualan akhbar dan pendapatan daripada pengiklanan sebagai antara sebab syarikat mengambil langkah berkenaan.

Sementara itu seorang petugas syarikat akhbar itu ketika dihubungi berkata, pihak pengurusan syarikat sedang mengadakan perbincangan dengan petugas yang terkesan dengan langkah berkenaan.

“Pihak pengurusan memberi jaminan kebajikan petugas akan dijaga walau apa langkah diambil syarikat.

“Ada juga cadangan penutupan hanya membabitkan penerbitan akhbar dan fokus kepada dalam talian,” katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *