‘You Shut Up’, Jangan Cakap Banyak, Bung ‘Naik Angin’ Di Parlimen

Bung Moktar

KUALA LUMPUR: Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membidas seorang Ahli Parlimen Warisan di Dewan Rakyat dengan kenyataan “shut up” dan “loser” ketika membahaskan pembangunan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah.

Terdahulu, Bung ketika membahaskan perkara itu mendakwa jalan di Sabah yang diakui teruk bertambah teruk ketika pemerintahan Warisan.

Bagaimanapun, ketika Mamun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) ingin bangun untuk menjawab dakwaan itu, Bung memintanya diam.

“You are a loser. Don’t talk too much,” kata bung pada Mamun.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya.

Dalam pada itu, Bung berkata rakyat Sabah agak terkilan dengan Belanjawan 2021 berkaitan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di negeri itu.

Beliau melihat peruntukan pakej pembinaan Lebuh Raya itu tidak menampakkan akan mejadi realiti.

“Ini bukan realiti, ini ‘nightmare’. Hanya 25% untuk Pan Borneo di Sabah masa ini dan 60% di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Khalid Samad (PH-Shah Alam) juga mencelah dan membidas kenyataan Bung terhadap Warisan.

“Terima kasih kepada BN yang memerintah Sabah 60 tahun,” kata Khalid.

Bagaimanapun, Bung meminta Khalid diam. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

8837