Orang Ramai Boleh Rentas Daerah Mulai Isnin Ini

KUALA LUMPUR: Pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bermula Isnin ini juga, polis tidak lagi akan melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Seperti yang saya katakan, perlu ada keseimbangan antara keperluan ekonomi dan menjaga kesihatan. Seperti yang kita tahu 31 Disember ini, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan berakhir tetapi kita masih belum tahu sama ada akan disambung atau sebaliknya.

“Jadi beberapa kelonggaran dipersetujui. Antaranya bersetuju supaya rentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, kecuali kawasan PKPD,” katanya.

Berita lanjut menyusul

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

6396