COVID-19: 1,123 Kes Baharu Hari Ini, Sabah Antara Catat Kes Tertinggi

PUTRAJAYA, 5 Dis : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 1,123 lagi kes baharu COVID-19 hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kini turut meningkat ke 71,359 kes, bersamaan 10,775 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya lima kes melibatkan kes import, manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

Untuk rekod, Sabah catat kes harian tertinggi hari ini dengan 391 kes (34.8 peratus) dan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 265 kes (23.6 peratus).

Difahamkan, 40 kes hari ini (3.6 peratus) adalah berkaitan dengan kluster-kluster di pusat tahanan sementara (PTS) serta penjara, membabitkan Kluster PTS Sibuga sebanyak 27 kes dan Kluster Tembok 13 kes.

Sementara itu, kes sembuh juga mencatatkan empat angka dengan 1,143 kes dilaporkan hari ini.

Berita penuh menyusul…

2132