Remaja Nyaris Maut Disambar Buaya

Mangsa MANGSA cedera parah akibat digigit seekor buaya di kawasan tebing Sungai Kampung Mengkabong, Tuaran.

TUARAN: Seorang remaja lelaki 16 tahun nyaris maut disambar seekor buaya di Sungai Kampung Mengkabong di sini, semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Azlan Arif Abdullah cedera parah di perut dan kaki kanan akibat digigit reptilia sepanjang 1.5 meter itu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, mangsa serta tujuh rakannya sedang mencari lokan dan siput di kawasan tebing sungai berkenaan.

“Bagaimanapun, seekor buaya tiba-tiba muncul dan menyambar mangsa dan menariknya ke dasar sungai.

“Beberapa rakan yang menyedari jeritan mangsa cuba membantu menarik tangannya dan dia bernasib baik apabila buaya itu melepaskan gigitan sebelum hilang di sungai berkenaan,” katanya.

Menurut Hamizi, mangsa dihantar ke Hospital Tuaran dan mungkin dipindahkan ke Hospital Papar atau Kota Belud untuk menjalani rawatan lanjut.

“Kes dirujuk ke Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

https://www.facebook.com/rajim.ranau/videos/1250203438696440

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *