PBB Kengeluarkan Ganja Dari Senarai Bahan Narkotik

Gambar fail menunjukkan daun ganja yang dipamerkan pada majlis pembukaan kinik ganja di Bangkok selepas Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ganja untuk kegunaan perubatan.

VIENNA: Negara anggota agensi Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk menggugurkan status ganja daripada senarai kawalan ketat dadah narkotik.

Langkah itu selaras dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melakukan kajian terhadap penggunaan ganja dalam sektor perubatan.

Persidangan tahunan Suruhanjaya Dadah Narkotik memperoleh undian 27 menyokong berbanding 25 menolak pengguguran ganja daripada Jadual IV, Konvensyen Tunggal Dadah Narkotik 1961 iaitu peraturan global yang mengawal kawalan dadah.

Undian itu adalah berdasarkan cadangan WHO pada 2019 yang menakrifkan ganja sepatutnya dikawal bagi mencegah sebarang risiko kesan dadah itu dan pada masa sama, tidak menghalang akses serta kajian berkaitan kegunaan perubatan.

Dadah lain dalam Jadual IV itu termasuk heroin, fentanyl dan bahan candu yang dikategorikan sebagai berbahaya serta boleh menyebabkan kematian.

Mengikut penemuan WHO, ganja tidak mempunyai risiko kematian kerana berupaya mengurangkan kesakitan dan sawan.

Kenyataan PBB mengenai persidangan itu bagaimanapun tidak memperincikan negara mana yang menyokong atau menolak usul itu termasuk alasan undian yang disifatkan sengit.

Kata PBB lagi, pihak yang mengambil bahagian akan menyelaras tindakan kawalan khusus yang diperlukan dengan mengambil kira sifat berbahaya daripada ubat yang disenaraikan dalam Jadual IV. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *