Bengkel Kenderaan, Kilang Aiskrim Hampir Musnah Terbakar

Anggota bomba bertugas sedang memadam api melibatkan kebakaran bengkel kenderaan dan kilang aiskrim di Jalan Sedco 9.

SANDAKAN: Sebuah bengkel dan kilang aiskrim di Jalan Sedco 9 Mangkalinau Lot 82,  hampir musnah terbakar.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan, Penguasa Bomba Martin Thomas berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan jam 8.51 pagi melalui talian Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) yang melibatkan kebakaran bangunan Bengkel Kenderaan dan sebuah kedai beralamat Jalan Sedco 9, Lot 82 Mangkalinau.

Anggota bomba bertugas sedang memadam api melibatkan kebakaran bengkel kenderaan dan kilang aiskrim di Jalan Sedco 9.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabah digerakkan ke lokasi kejadian melalui jarak 3 Kilometer daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan,” katanya.

Beliau berkata operasi diketuai oleh Ketua Balai Bomba Sandakan Penolong Kanan Penguasa Bomba Jimmy Lagung dengan kekuatan keanggotan 16 anggota penyelamat pelbagai pangkat dan kekuatan logistik iaitu sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera Water Tanker dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

“Menurut Komander Operasi dimana kebakaran melibatkan sebuah bangunan melibatkan sebuah bengkel kenderaan dan Kilang Aiskrim jenis kekal berukuran 150 Kaki x 100 kaki terbakar 80 peratus,” katanya.

Martin berkata operasi pemadaman kebakaran terkawal lebih kurang jam 10.25 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.01 tengahari.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kebakaran yang dipercayai bermula dari bengkel berkenaan,” katanya.

Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 6 Sabah (Sandakan). – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

948