136,055 Pelarian Filipina Dikenal Pasti Di Sabah

Sebahagian Pendatang asing Filipina dihantar pulang ke negara asal dengan menaiki kapal laut di Pelabuhan Sandakan pada Disember 2019- Gambar MKN Sabah

KUALA LUMPUR: Sejumlah 136,055 pelarian Filipina di Sabah sudah dikenal pasti melalui milikan dokumen IMM13, Sijil banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah/Labuan dan Sijil burung-burung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata kerajaan tidak pernah menghalang malah menggalakkan supaya pemegang dokumen IMM13 sedia ada untuk kembali ke negara asal mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof .

“Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pihak kedutaan Republik Filipina dengan membenarkan ‘mobile team’ kedutaan untuk beroperasi di Sabah.

“Mobile team membolehkan pihak kedutaan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan penyediaan pasport serta lain-lain urusan yang berkaitan untuk warganegara mereka termasuk pelarian Filipina di Sabah,” katanya menerusi jawapan bertulis yang dipaparkan di laman sesawang Parlimen.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah dasar kerajaan untuk menangani kehadiran pelarian Filipina di Sabah yang telah berada di Sabah sejak tahun 1970-an. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *