Pemuda Maut, Kereta Dipandu Rempuh Treler

Keadaan kenderaan mangsa yang remuk teruk selepas terseret treler sejauh 80 meter.

KOTA KINABALU: Seorang pemandu lelaki maut selepas kenderaannya merempuh belakang sebuah lori treler dalam kejadian di ‘flyover’ Jalan Lintas, di sini, tengah malam semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam itu, mangsa dikenali sebagai Bryan Vun Chen Tsung berusia 22 disahkan maut di lokasi selepas mengalami kecederaan serius.

Keadaan kenderaan mangsa yang remuk teruk selepas terseret treler sejauh 80 meter.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Rakhman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kedua-dua pemandu bergerak dari arah sama menuju ke kawasan Kolombong.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku akibat kecuaian mangsa sendiri yang memandu secara melulu sehingga merempuh belakang lori treler yang membawa muatan batu-bata berkenaan.

“Semasa kejadian, pemandu lori berusia 35 tahun yang sedang menaiki ‘flyover’ berkenaan, tiba-tiba terdengar bunyi seperti tayar meletup.

Keadaan kenderaan mangsa yang remuk teruk selepas terseret treler sejauh 80 meter.

“Pemandu lori kemudiannya menghentikan kenderaan dan turun untuk memeriksa keadaan tayar sebelum terkejut melihat sebuah kereta Toyota Rav4 terperosok di belakang lori treler berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

George berkata, siasatan mendapati kenderaan mangsa yang maut dipercayai terseret sejauh kira-kira 80 meter dan mangsa yang maut tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya, polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Keadaan kenderaan mangsa yang remuk teruk selepas terseret treler sejauh 80 meter.

“Kedua-dua pemandu tidak disyaki mabuk namun sampel darah sudah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis alkohol dan dadah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *