KKM Pertimbang Hantar Semula Kakitangan Di Sabah Ke Negeri Masing-Masing

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk menghantar semula kakitangan kesihatan di Sabah ke negeri masing-masing di Semenanjung, terutama di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya cuba menggerakkan petugas ke sesuatu daerah atau negeri yang mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 seperti yang dilaksanakan sebelum ini di Sabah secara dalaman serta dari Semenanjung.

Beliau berkata, di Selangor petugas kesihatan sudah digerakkan secara dalaman untuk membantu saringan di kawasan berisiko membabitkan 59 anggota perubatan dan 57 anggota kesihatan awam.

“Sejumlah 64 anggota kesihatan awam digerakkan dari negeri-negeri lain. Ketika ini, ada permintaan dari Selangor dan Negeri Sembilan untuk mendapatkan anggota yang berkhidmat di Sabah.

“Melihat kepada penurunan kes di Sabah, kita akan pertimbangkan mereka ini (petugas) untuk kembali pada negeri masing-masing bagi membantu pengesanan kes dan penilaian risiko di kawasan terbabit,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, pihaknya juga menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama KKM di Selangor seperti Mercy Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia.

“Antara tugas-tugas yang kita arahkan mereka bersama KKM adalah siasatan kes Covid-19 dan pengesanan kontak rapat selain pengambilan sampel di lapangan.

“Ini membantu KKM mengoptimumkan sumber manusia kami iaitu petugas kita bagi membantu mempercepatkan saringan di lapangan,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan Kluster Teratai, beliau berkata, sehingga hari ini, dianggarkan sebanyak 150 kes positif dilaporkan di peringkat komuniti dan di luar kawasan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan kluster itu.

“Bagi bukan warganegara, mereka tinggal di asrama yang disediakan majikan namun ada 164 daripada warganegara (pekerja) yang pulang ke rumah masing-masing.

“Bila ada yang dijangkiti, mereka menjangkiti ahli keluarga dan ia kini sudah membabitkan dua generasi penularan dalam keluarga iaitu kira-kira 150 kes positif,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan saringan dalam kalangan komuniti di Meru, Selangor menggunakan kaedah ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-antigen).

“Setakat ini, aktiviti saringan masih dijalankan untuk Kluster Teratai dan kita harap dapat membendung penularan jangkitan dalam komuniti membabitkan komuniti di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Ini kerana individu tempatan yang bekerja di kilang itu pu – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *