Covid-19: Dua Kematian Baharu Di Sabah, Kes Positif Menurun

KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 di Sabah kembali menunjukkan tren menurun dalam tempoh dua hari berturut-turut.

Hari ini sebanyak 229 kes positif dilaporkan di Sabah berbanding 267 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua lagi kematian dilaporkan di Sabah dan kedua-dua kematian di luar hospital yang dibawa ke Hospital Queen Elizabeth.

Dua kematian ini melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 84 tahun dan seorang lelaki bukan warganegara yang berusia 63 tahun. Kedua-duanya mempunyai penyakit kencing manis.

Dengan tambahan empat kematian itu menjadikan kes kematian dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 365 kes, sementara kes kematian di Sabah menjadi 214 kes.

Secara keseluruhan sebanyak 847 kes di Malaysia. Daripada jumlah keseluruhan kes itu, 847 kes jangkitan tempatan dan empat kes import.

Hari ini sebanyak lima kluster baharu dilaporkan dengan tiga kluster di Kuala Lumpur iaitu kluster Desa Pinang dengan 25 kes positif; kluster Jernai (13) dan kluster Seri Wangsa (8). Dua lagi adalah kluster Impian, Selangor (9) dan kluster Baloi, Johor (30).

Sementara, bilangan kes pulih hari ini adalah sebanyak 658 kes, dengan kumulatif kes pulih sebanyak 56,969 kes.

Tambahan kes baharu hari ini menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 68,020 kes. Sebanyak 10,686 kes aktif dengan 122 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 47 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

682