Seramai 4,381 Penduduk Taman Telipok Ria Telah Disaring

KOTA KINABALU: Seramai 339 orang penduduk Taman Telipok Ria telah dikesan positif Covid-19 setakat semalam.

Sehingga semalam, seramai 4,381 orang penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) itu telah menjalani saringan Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, 339 positif Covid-19 dan 3,186 orang negatif.

Manakala, 858 orang lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Ria-30 yang di taman perumahan ini mula dikesan pada 5 Nov lalu.

PKPD di Taman Telipok Ria yang bermula pada 27 Nov hingga 10 Dis ini melibatkan seramai 18,000 orang penduduk yang tinggal di 3,400 unit kediaman di 30 blok pangsapuri.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *