
Lebih cenderung menjangkiti kanak-kanak, ibu bapa kini boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal di semua Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara bermula hari ini bagi mencegah jangkitan tersebut.
Menurut Kenyataan Akhbar KP Kesihatan pada 24 November yang lalu, Pneumokokal berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.
Pemberian vaksin pneumokokal di klinik kesihatan seluruh negara akan bermula 1 Dis 2020.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 30, 2020
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-88834003 atau melalui email [email protected] pic.twitter.com/PuaQlNsS4m
Antara penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae adalah radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia). Komplikasi penyakit pneumokokal termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.
Penyakit Pneumokokal boleh dicegah dengan vaksin dan sangat efektif bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut kiriman KKM di Twitter, vaksin Pneumokokal akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan, diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.
Vaksin Pneumokokal akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan; diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 30, 2020
Sebarang persoalan boleh diajukan kepada KKM di talian 03-8883 4003 atau emel: [email protected] pic.twitter.com/m51mNIc7X9
Jika mempunyai sebarang persoalan mengenai vaksin ini, anda boleh mengajukannya kepada KKM di talian 03-8883 4003 atau emel: [email protected].
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost
Sumber: KKMPutrajaya / SiakapKeli