COVID-19: Peningkatan Kes Di Sabah Berpunca Daripada 11 Kluster

KOTA KINABALU: Sebanyak 258 kes positif COVID-19 di Sabah semalam dikesan membabitkan tujuh kluster sedia ada selain empat kluster baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata jumlah itu membabitkan 54.2 peratus daripada keseluruhan 476 kes baharu yang direkodkan semalam.

Katanya, daripada empat kluster baharu itu adalah Kluster Pusat Tahanan Sementara, Sibuga di Sandakan mencatat jumlah tertinggi dengan 99 kes, diikuti Kluster Jesselton di Kota Kinabalu (53); Kluster Dermaga, Sandakan (17) dan Kluster Tempasuk, Kota Belud (tujuh).

Masidi Manjun

“Bagi kluster sedia ada pula, Kluster Sutera mencatat kes tertinggi dengan 53; Kluster Ria 30, (12) dan Kluster Sabaru (10 kes).

“Selebihnya ialah Kluster Tinusa (tujuh); Kluster Dialisis (empat); Kluster Rumah Merah (dua) dan Kluster Jalan Tuaran (tiga),” katanya dalam kenyataan media perkembangan semasa COVID-19 Sabah, di sini, malam tadi.

Secara keseluruhan, kes kumulatif terkini di Sabah adalah 28,155 kes dengan empat kematian, masing-masing dua di Sandakan dan satu di Tawau serta Tuaran, semalam.

Katanya, Sandakan mencatat kes tertinggi semalam iaitu 176 kes atau 36.97 peratus daripada keseluruhan kes baharu, diikuti Kota Kinabalu dengan 151 kes atau 31.72 peratus. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *