Kadar Caruman KWSP Turun Ke 9% Bagi 2021

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11% kepada 9% bagi 2021.

KWSP dalam kenyataan berkata kadar caruman berkanun baharu itu akan terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum.

Bagi pekerja yang berumur 60 tahun dan ke atas pula, caruman berkanun syer pekerja masih kekal pada kadar yang sama, katanya.

Kadar baharu ini akan berkuatkuasa bagi tempoh satu tahun dan merangkumi upah pekerja bulan Jan 2021 (caruman Feb 2021) sehingga Dis 2021 (caruman Jan 2022).

“Ahli masih boleh memilih untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11% dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021), yang boleh dimuat turun daripada laman web KWSP (www.kwsp.gov.my) mulai 1 Dis.

‘’Borang yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk didaftarkan secara dalam talian melalui kemudahan i-Akaun (Majikan) mulai 14 Dis. Borang yang diterima daripada pekerja hendaklah disimpan sebagai rekod majikan,” kata KWSP.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh merujuk laman sesawang KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *