(VIDEO) Cekik Rider Food Panda Sebab Tak Hantar Pesanan Sampai Depan Pintu Rumah

Tular di media sosial video pekerja penghantar makanan sedang bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai pelanggannya dalam kejadian yang berlaku di Pulau Pinang. 

Video berdurasi menunjukkan, lelaki berbaju hitam itu mencekik mangsa yang berkali-kali cuba bangkit. Tetapi usahanya itu tidak berjaya apabila lelaki itu menghalangnya berbuat demikian. 

Difahamkan, pelanggan berkenaan tidak berpuas hati apabila mangsa tidak menghantar pesanannya sehingga ke depan pintu rumah. Namun, rider itu sebenarnya tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan atas sebab-sebab tertentu. 

Disebabkan itu, pelanggan terbabit terpaksa turun ke pondok pengawal untuk mengambil pesanan tersebut. Tetapi lain pula yang berlaku apabila pelanggan terbabit mengambil kesempatan untuk bergaduh dengan rider berkenaan.

Kes itu kemudian dilaporkan ke balai polis dan difahamkan kes tersebut telah selesai di mana pelanggan terbabit mengaku bersalah di atas tindakannya itu. 

Sumber juga mendedahkan, mangsa dalam kejadian itu menggunakan ID rider yang lain dan disebabkan perbuatannya yang tidak jujur itu, pihak Food Panda telah mengambil tindakan terhadap rider tersebut. 

Sumber: Twitter Daniel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *