PKPB: Sabah Benarkan Busking Di Dalam Bangunan

Gambar Hiasan – Foto Facebook Paktam Noisy

KOTA KINABALU, 27 Nov : Kerajaan Negeri Sabah membenarkan “busking” atau persembahan muzik jalanan dilakukan di lokasi tertutup atau dalam bangunan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Bagaimanapun, Masidi berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa aktiviti itu hanya boleh diadakan dengan kawalan masa persembahan dan jumlah penonton ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pihak berkuasa tempatan.

Masidi Manjun

Sementara itu, Masidi berkata, Sabah mencatatkan kadar pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sebanyak 97.9 peratus dengan tiga daerah merekodkan kadar pematuhan tertinggi iaitu Kinabatangan,  Sipitang dan Kota Belud.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk terus memberi kerjasama dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP termasuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk segera menjalani ujian saringan sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif COVID-19, katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *