Kes Covid-19 Di Sabah Menurun Kepada 289

KOTA KINABALU: Sabah menunjukkan penurunan kes positif baharu Covid-19 untuk tiga hari berturut-turut.

Hari ini sebanyak 289 kes dilaporkan berbanding 311 kes baharu yang dilaporkan semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebanyak dua lagi kematian dilaporkan di Sabah hari ini masing-masing satu kes di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Hospital Queen Elizabeth.

Kematian hari ini melibatkan pesakit berusia 58 dan 80 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik.

Daripada 289 kes baharu itu, sebanyak 71 kes dilaporkan di Kota Kinabalu, diikuti dengam 63 kes di Tawau, Lahad Datu (60), Sandakan (44), Penampang (10), Tuaran (9), Semporna (9), Pitas (7), Kota Belud (6), Putatan (4) dan Beluran (3).

Manakala, satu kes dilaporkan di Papar, Kunak dan Tambunan.

Daripada 289 kes, sebanyak 135 kes atau 46.71 peratus dikesan daripada saringan kontak rapat di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Selebihnya, 154 kes dari lain-lain kategori.

Dengan tambahan tiga kematian hari ini, keseluruhan kes kematian di Sabah sehingga kini adalah sebanyak 194 kes. Sementara, sebanyak 416 kes pulih dilaporkan.

Setakat ini, sebanyak 26,387 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah.

Terdapat 75 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 19 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, kapasiti katil Covid-19 di seluruh Sabah ketika ini kekal dengan 6,576 katil dengan peratusan penggunaan 34.22 peratus.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *