Harga RON95 & RON97 Naik 2 Sen, Diesel Naik 7 Sen Seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen seliter, manakala diesel pula naik tujuh sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.64, RON97 (RM1.94) dan diesel (RM1.81).

Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

570