COVID-19: 958 Jangkitan Baharu, 3 Kematian Direkodkan Hari Ini

Sabah merekodkan 512 jangkitan sementara Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan 153 kes baharu, kata Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 958 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan sepanjang 24 jam lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah berkenaan, tiga negeri mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi.

Ketiga-tiga negeri itu ialah Sabah yang merekodkan 512 kes sementara Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan 153 kes baharu.

Dr Noor Hisham berkata, KKM juga mengesan lima kes import dari luar negara selain tiga kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

788