Helang Punca Gangguan Elektrik Di Sandakan

Anggota SESB menunjukkan bangkai helang yang dipercayai mati akibat terlanggar talian elektrik bervoltan tinggi hingga menyebabkan bekalan elektrik terputusdi sekitar bandar Sandakan, kelmarin.  – Foto SESB

SANDAKAN: Seekor burung helang yang terlanggar talian elektrik bervoltan tinggi menjadi punca gangguan bekalan elektrik di sekitar bandar Sandakan, di sini, kelmarin.

Gangguan selama kira-kira setengah jam yang bermula jam 6.05 petang itu menjejaskan lebih 3,600 pengguna termasuk pejabat dan kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), kilang dan kawasan perumahan.

Dalam satu kenyataan semalam, SESB mendapati gangguan disebabkan bekalan elektrik yang disalurkan menerusi talian 33 kiloVolt (kV) ke kawasan terbabit terputus.

“Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penemuan bangkai seekor helang di bawah menara talian bervoltan tinggi dan ia dipercayai mati disebabkan terlanggar talian di atas menara itu,” katanya.

Selepas mengenal pasti punca gangguan, kerja memulihkan bekalan dilaksanakan dan selesai pada jam 6.36 petang, dengan tempoh gangguan selama 31 minit. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *