190,951 Bakul Makanan Telah Diagih Di Sabah Setakat Ini

KOTA KINABALU, 18 Nov : Sebanyak 190,951 bakul makanan telah diagihkan di 27 buah daerah di Sabah setakat ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya berkata kementerian itu sedang giat mengagihkan bakul makanan berkenaan di setiap daerah terlibat.

“Daerah berkenaan termasuk Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu,  Penampang, Putatan, Papar, Tuaran dan  Kalabakan,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Daerah lain ialah Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1800