Covid-19: Kluster Baharu Libatkan Pekerja Tapak Pembinaan Di Ranau

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan tiga lagi kluster baharu hari ini iaitu kluster Sabaru, Tomher dan Garden.

Kluster Sabaru, Lahad Datu dengan 70 kes positif, kluster Tomher, Ranau dengan 12 kes dan kluster Garden, Tawau dengan tige kes positif. Kluster Tomher yang dikesan di Ranau membabitkan pekerja tapak pembinaan.

Sebanyak 387 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah, dengan dua lagi kes kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kedua-dua kes kematian yang dilaporkan hari ini adalah di Sandakan.

Untuk hari ini, 16 daerah mencatatkan kes baharu dengan didahului dengan Tawau yang mencatatkan 169 kes, diikuti dengan Lahad Datu yang merekodkan 80 kes.

Manakala, Kota Kinabalu merekodkan 44 kes positif, Sandakan (21), Kudat (20), Tuaran (12), Ranau (12), Penampang (10), Putatan (5), Papar (4), Semporna (4) dan Kota Belud (2). Manakala, satu kes masing-masing di Keningau, Kota Marudu, Pitas dan Beluran.

Daerah Ranau kembali menjadi zon jingga dengan pertambahan kes baharu hari ini.

Dengan tambahan empat kematian terbaru, keseluruhan kes kematian di Sabah sehingga kini adalah sebanyak 181 kes. Sementara, sebanyak 237 kes pulih dilaporkan.

Setakat ini, sebanyak 24,269 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah, dengan 2,000 kes aktif yang sedang menerima rawatan dimana, 634 orang dirawat di hospital dan 1,366 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 66 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 17 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, kapasiti katil Covid-19 di seluruh Sabah kekal dengan 6,358 katil dengan peratus penggunaan 31.46 peratus. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1877