PPM Patahkan Cubaan Seludup Minuman Keras

Foto Ihsan PPM

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan minuman keras yang bernilai RM11,520, di Menumbok, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, Asisten Superitendan Enturan Anak Lageh berkata, serbuan dilakukan di tepi pantai Menumbok dalam operasi terancang selepas intipan dilakukan terhadap tiga individu yang mecurigakan.

Foto Ihsan PPM

Beliau berkata, semasa pemeriksaan mendapati terdapat sebanyak 60 bungkus plastik hitam disembunyikan didalam semak dalam kawalan tiga lelaki tempatan berdekatan tepi pantai.

“Pemeriksaan di dalam plastik hitam tersebut telah menemukan minuman keras jenama Royal Stout (24 tin) dan setiap bungkusan tertera cop MDNP (Malaysia Duty Not Paid) dipercayai diseludup dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Foto Ihsan PPM

“Turut dijumpai di tempat kejadian adalah sebilah parang. Tiga lelaki berusia antara 26 hingga 42 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, semua minuman keras tersebut telah dirampas dan dianggarkan bernilai lebih kurang RM11,520 selepas cukai.

Turut dirampas adalah sebuah kenderaan Toyota Vigo dipercayai digunakan sebagai medium penyeludupan dan juga sebuah motosikal jenama Modenas. Keseluruhan nilai rampasan kenderaan dan minuman keras adalah dianggarkan berjumlah lebih kurang RM105,000.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *