Verdon Dilantik CEO Sabah FC

Verdon Bahanda

KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan dan juga aktivis yang berasal dari Sabah, Datuk Verdon Bahanda dilantik sebagai Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Football Club Sdn Bhd berkuat kuasa 12 November lalu.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria dalam kenyataan hari ini berkata Verdon memenuhi kriteria disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menerajui bola sepak profesional itu.

Selain itu, Safa juga melantik Presiden Keningau FA Rafie Robert sebagai Setiausaha Agung dan Naib Presiden FAM Joehari Ayub sebagai Bendahari baharu, katanya.

Abdul Rahman berkata kedua-dua jawatan itu sebelum ini disandang oleh Andrew Majanggim dan Yap Wai Loon. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

10883