“Angka 29 Bermakna Buat Kami Berdua”.. Suami Buat Kejutan Hari Lahir RM29,000 Sampai Isteri Tak Larat Angkat

(gambar kanan) Hamjad (kiri) menghadiahkan jambangan bunga duit bernilai RM29,000 kepada isterinya. foto ihsan Mazwin Mijal

TAWAU: Siapa tidak gembira mendapat kejutan, apatah lagi hadiah yang tidak disangka-sangka.

Seperti seorang isteri yang terkejut menerima jambangan bunga duit bernilai RM29,000!

Beberapa foto jambangan bunga duit itu mula tersebar di media sosial sejak Khamis.

Saiz jambangan bunga yang begitu besar. foto instagram royalgift_my

Suami kepada wanita berkenaan, Hamjad Khan Abdul Malik berkata dia membuat kejutan itu pada Khamis malam sempena hari ulang tahun isterinya ke-29 pada 3 November lalu.

Ahli perniagaan dari Tawau, Sabah itu bagaimanapun menjelaskan bahawa acara sambutan terpaksa ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.

“Tahun lalu isteri saya pernah menyuarakan permintaannya untuk dihadiahkan bunga duit yang kini menjadi trend sebagai hadiah, sempena hari jadinya tahun ini.

“Banyak kali isteri sebut-sebut. Disebabkan SOP (prosedur operasi standard) yang lebih ketat awal bulan ini disebabkan PKPB yang turut memberi kesan kepada operasi perniagaan saya, kejutan itu terpaksa ditangguhkan dahulu,” katanya.

Mazwin menunjukkan hadiah hari jadinya.

Lebih dikenali sebagai Hamjad, pengusaha restoran berusia 32 tahun itu berkata, dia menempah gubahan bunga duit menggunakan wang kertas RM100 berjumlah RM29,000 kerana mempunyai simbolik tersendiri buat dirinya bersama isteri.

“Isteri saya sambut ulang tahun ke-29 tahun ini dan tarikh lahir saya pula pada 29 September. Jadi, angka 29 tu bermakna buat kami berdua.

“Jadi, saya buat kejutan tu di rumah selepas isteri balik dari restoran, memang dia terkejut sangat sebab dia ingatkan saya dah lupa permintaannya,” katanya yang sudah mendirikan rumah tangga selama lebih lima tahun.

Sementara itu, isterinya, Mazwin Mijal pula tidak menyangka menerima kejutan itu meskipun pernah beberapa kali menyuarakan hajatnya mengenai hadiah tersebut sebelum ini.

Angka 29 mempunyai simbolik buat Hamjad (kanan) dan isterinya.

“Saya sangka kejutan bunga duit tu dapat pada 3 November lalu waktu hari jadi saya. Tapi disebabkan PKPB dan masing-masing sibuk, sambutan ditangguhkan sampai saya pun terus lupa pasal permintaan tu.

“Malam tadi, bila saya dapat bunga duit tu memang terkejutlah. Saya ingatkan bunga duit tu sikit-sikit je, sekali sampai RM29,000,” katanya dengan nada teruja.

Menurut ibu dua anak itu, bunga duit yang diterimanya begitu berat sehingga perlu dibantu oleh suami untuk memegangnya.

“Sebagai isteri, sudah tentu saya teramat gembira dengan kejutan daripada suami. Terima kasih di atas hadiah tu.

“Tak sabar saya nak shopping gunakan duit tu nanti. Ikutkan hati nak beli macam-macam tapi masih tengah fikirkan nak beli apa,” ujarnya secara berseloroh.

Dalam pada itu, pengusaha bisnes jambangan bunga tersebut, Adzma Zakariah, 25, berkata, jambangan bunga duit bernilai RM29,000 itu disiapkan selama 18 jam.

“Seramai enam orang bergotong-royong siapkan jambangan bunga duit ni. Bukan senang nak buat sebab bunganya besar ada 290 kuntum semuanya.

“Berjam-jam buat, rehat kejap selepas tu sambung semula. Syukur, berbaloi kerja tangan kami menggulung dan meletakkan semua duit untuk kejutan seorang suami untuk isterinya,” kata Adzma. – mStar

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Angka 29 mempunyai simbolik buat Hamjad (kanan) dan isterinya.
Persiapan untuk membuat jambangan bunga duit.
Saiz jambangan bunga yang begitu besar. foto instagram royalgift_my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *